23 May, 2013

Gangguan/histeria

Minggu ini macam-macam yang berlaku.  Muqry demam salah satunya.  Sejak dari hari Selasa dia tak hadir ke sekolah.  Semalam pun rehat di rumah saja.  Baru hari ni nak ke sekolah semula.

Jam 1.40 petang, saya terima panggilan dari Guru Kelas Muqry.  Dalam hati dah berdebar-debar, tak kan demam lagi.  Panggilan terputus lalu saya telefon semula.

Rupa-rupanya, semua pelajar dinasihatkan tidak ke sekolah hari ni.  Mana-mana pelajar yang sudah sampai ke sekolah dan boleh dijemput pulang oleh ibu bapa, itu lebih digalakkan.  Ceritanya, di sesi pagi beberapa pelajar mengalami gangguan sehingga histeria.  Guru-guru tak mahu gangguan terkena pula kepada pelajar sesi petang yang merupakan anak-anak Tahun 1 dan 2.

Mujur ada adik yang boleh diharapkan bantuan.  Jadi, saya minta tolong adik jemput Muqry dari sekolah dan tumpangkan di tadika Nuryn sepanjang petang ni.

Eh, dah sampai masa rupanya. Oklah, nak balik dulu. Dengarnya jalan dah mula sesak.
                           

No comments:

Related Posts with Thumbnails