29 May, 2013

Melawat Muzium Diraja




Sebenarnya dah beberapa minggu juga kami ke sana.  Lawatan yang tak dirancang pun.  Tapi, bagus juga… merasa berada dalam istana yang dulunya menjadi tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong negara. 

Kaunter tiket tak jauh dari pagar utama.  Agak jauh juga nak naik ke Istana.  Jalannya berbukit. …



Pengunjung berpeluang melawat ke setiap bahagian dalam Istana.  Ada Bilik Singgahsana, Bilik Beradu Diraja, Bilik Santapan, Klinik Diraja, Bilik Pakaian Diraja, Balairong Seri dan sebagainya.  Tak dapat saya nak ingat kesemuanya sebab tak dibenarkan mengambil foto di dalam istana.    

Walau bagaimana pun pengunjung tak dibenarkan masuk ke setiap bilik tu.  Kiranya cuma lihat-lihat dari muka pintu di corridor sahaja.    

Kalau bahagian dalam istana ada limitasinya, kawasan taman di luar istana mungkin ada kelongggaran.  Tak pasti pula saya sebab kami pun tak jelajah keseluruhan kawasan disebabkan hari hampir hujan.   Cantik tamannya, boleh ambil gambar kalau mahu.  Pengawal di pagar utama tu pun boleh diajak bergambar bersama.  Masa kami ke sana, pengawal-pengawal berpakaian ala hulubalang melayu lama.

Cuti sekolah masih berbaki, bolehlah berkunjung ke Muzium Diraja ni.


Bangunan ini pada asalnya sebuah rumah agam yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan  Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957.

Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000.00 untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.

Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua Negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan.

Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.

Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta.
[sumber : wikipedia]

No comments:

Related Posts with Thumbnails