08 May, 2013

Menambah bekalan susu ibu



Ok, sambung cerita entry terdahulu.  

Selama 6 bulan ni belum pernah lagi saya berjaya buat stok susu sampai beratus-ratus oz.  Cukup makan saja kata orang.  Lebih-lebih lagi Nayra banyak minum waktu siang dan saya tak dapat pam dengan kerap di waktu pejabat.  Seboleh-bolehnya saya cuba juga tetapkan sesi pam pada jam 10 pagi, 1 petang dan  4 petang.  Cuma kadang-kadang jadual terganggu disebabkan mesyuarat atau saya perlu keluar daerah.  Pengeluaran susu makin terganggu bila saya mula period.

Tapi, saya tetap tak patah semangat.  Walaupun setakat 5, 6 botol saja stok susu , saya teruskan usaha.  

Ini yang saya usahakan untuk menambah bekalan susu:

Power pumping
Pam 10 minit dan rehat selama beberapa minit.  Kemudian ulang semula kitar tadi sehingga 45 minit atau 1 jam.  In shaa Allah, kita boleh dapat beberapa letdowns.

Pam sambil menyusu
Selalunya di waktu awal pagi, pengeluaran susu akan lebih banyak.  Jadi saya menyusukan Nayra dan mengepam serentak.

Tambah sesi pam
Kalau ada kesempatan, saya cuba tambah sesi pam pada pukul 6 petang sebelum saya balik dari pejabat.

Ambil milk booster
Saya amalkan alfalfa dan oat secara konsisten.  Ada ketikanya saya ambil halba atau fenugreek seeds juga.  Mudah saja nak sediakan minuman halba.  Rendam sesudu halba dalam air panas dan tambahkan sesudu madu ketika air sudah agak suam.  Tapi, jangan kita terlalu bergantung kepada milk booster ini.  Kata kuncinya masih lagi, kerapkan penyusuan dan tambahkan sesi pam.

Halba {sumber gambar : wikimedia}

Sebetulnya, tak layak saya ni nak berkongsi cara-cara menambah bekalan susu.  Tapi saya harap ibu-ibu yang senasib dengan saya, yang bekalan susunya cuma “pam hari ini untuk minum esok”, tak patah semangat.  Usahalah sehabis baik dan mohonlah padaNya.

2 comments:

lia said...

Alhmdlh... kekuatan kita yg menyusukan anak ni, Allah bagi xtra utk kental dlm pump susu...

mcm mana dew350? sy sukaaaa sgt dgn dew 350 sy skng ;)

me_czar said...

Lia, kalau tengok stok Lia lagi kagum. Lagi kental semangatnya! Sejujurnya, macam pernah nak minta Lia jadi ibu susu Nayra masa kehabisan stok hari tu. Hehe.

Tak jadi beli dew pun. Dew berat 0.5g dari Spectra kan? Jadi, masih kekal dengan Spectra 3. Rasa nak tukar dew sebab sambungan dari tiub ke corong pam Spectra 3 tu macam tak bagus. Tapi, Spectra 3 keluaran baru ni beza dengan keluaran 6 tahun dulu. Sekarang dah improve.

Related Posts with Thumbnails