31 May, 2013

Update ringkas


Sudah 7 bulan dengan berat terkini 8kg.
 
Rambut masih pendek kerana baru dicukur botak semasa 6 bulan tempoh hari.

Baru pandai meniarap pagi tadi.  Tapi sudah boleh imbangkan badan bila didudukkan.  Terbaru, sudah mula memanjat.

Suka mandi.  Pagi-pagi sebelum ke taska dimandikan dengan air sejuk pun dia tak kisah.  
Kalau kakak Nuryn yang melayan, dia boleh ralit.  Asalkan jangan nampak ibu, sudah.

Paling suka tengok muka abang Muqry walau abang Muqry tak layan dia pun.

Cikgu di taksa kata, lagu favorite Nayra ialah "bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta".  Kalau sedang menangis, cikgu nyanyi lagi tu boleh berhenti tangisannya.


2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mcm muka ayilelah...

me_czar said...

Ya ke? Ada jugak yang kata iras muka kita. Tapi okla, kalau kata iras muka orang lain, itu yang luar biasa tu.

Related Posts with Thumbnails