12 June, 2013

Anak hilang!



Ketika itu jam 6.50 petang, saya sudah hampir sampai ke rumah ibu di Serdang.

Ibu : Jemput Muqry ke?

Saya : Ha ah, hari ni saya jemput budak-budak.

Ibu : La, kenapa jemput tak beritahu. Ayah dah kehulu ke hilir cari Muqry

Saya : Eh, saya nak jemput kat rumah Ibu, bukan jemput kat sekolah

Allah, mana pulak Muqry pergi ni.  Sudahlah hujan renyai.  Sebelum tu pernah sekali dia balik sendiri jalan kaki dan hantar kawannya balik rumah dahulu sebelum dia sendiri balik rumah atuknya.  Kali ni macam tu juga agak kami walau sudah dipesan, jangan ulangi lagi.

Entah berapa kali ayah saya ulang alik ke sekolah dan kemudian ke rumah kawan Muqry. Tapi Muqry tak ada.  Ah sudah, ke mana pulak Muqry ni?

Saya sendiri jalan kaki cuba cari ikut jalan belakang. Mana tahu dia balik sendiri.  Tak ada.  Kemudian saya jenguk ke kedai yang biasa dia singgah, pun tak ada.  Hati ni tergerak pula nak masuk ke kawasan sekolah.  Masa tu dah jam 7 lebih dan cuma tinggal beberapa orang pelajar saja.

Rupa-rupanya elok saja dia duduk menunggu.  Allah, leganya saya rasa ketika tu.  Terus saya peluk dia sambil menangis. Bayangkan dia menunggu dari 6.40 petang hingga 7 lebih malam.  Katanya, hari hujan sebab tu dia tunggu di situ macam yang abah pesan.

Nak jadi penyebab ‘kehilangan’, ayah saya cuma cari dia di luar pagar, tempat orang jual aiskrim sebab setiap hari pun di situlah dia menyinggah sebelum balik.  Tak terfikir pula ayah nak jenguk ke dalam.  Padahal tempat menunggu tu di balik pagar sekolah saja.  Lagipun waktu puncak macam tu, semua budak-budak kan nampak sama saja. Memang tak perasan kalau tak cari betul-betul.  Tak apalah, yang penting anak saya tak hilang.  Sungguh, sakitnya rasa bila anak yang dicari tiada. 

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

adoi debarnyaaaa

Hazeman Huzir said...

Pengalaman saya hampir terlanggar budak kecik dan mak yang tak amik endah.

http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/07/rogol-liwat-bunuh-budak-hilang-dan.html.

Sedih lah kekadang situasi masyarakat kita. (Not all yer).

Related Posts with Thumbnails