11 June, 2013

Mengidam

Beberapa minggu lepas ramai sungguh blogger terkenal yang buat sponsored post pasal Burger Bakar Abang Burn ni.  Tak pasal-pasal kecur air liur dibuatnya.  Masa mengandung dulu tak adalah teringin sangat nak makan apa-apa.  Tapi anak dah 7 bulan ni, macam tak boleh tunggu-tunggu pulak.  Sebenarnya tekak ni teringin nak rasa meatball Ikea tu.  Tapi jauh sungguh rasanya nak ke sana.  Bila jenguk FB Burger Bakar Abang Burn ni, eh... ada branch yang dekat dengan rumah.  Nasib baik En. Suami rajin nak melayan tekak isteri dia ni.    

Dah lupa pulak ada berapa ketul meat ball ni.  Dihidangkan dengan mushroom sauce dan cheesy potato wedges.  Rasanya sedap juga.  Sebab tak pernah makan yang Ikea punya, jadi tak bolehlah nak bandingkan antara dua.  Yang penting, dah lepas rasa teringin tu.

 
Belikan burger ayam ni untuk Muqry (lupa pula nama sebenar burger ni kat menu).  Ayam tu disalut dengan tepung macam burger KFC.  Lupalah, tapi yang pastinya sedap... Cuma muak sikit sebab penuh dengan mayonis.

En. Suami beli burger daging tapi tak sempat nak ambil gambar.  Kena makan cepat-cepat sebab nak take turn jaga Nayra.

Branch yang kami pergi ni di Medan Selera Cheras Perdana 2.  Pergi hari Jumaat, jadi tak adalah ramai orang.  Kalau nak tahu di mana lagi lokasi Burger Bakar Abang Burn ni, google aje.  

Oh, ini post tak berbayar ;p.

4 comments:

hah said...

hehe..burger bakar abg burn..kat medan selera area satey willy (odw nak ke kajang) tu pun ada. Sedap ke? xpenah mkn..kurang sikit burger2 ni.

me_czar said...

Salam Hah...

Kat kajang tu ramainya orang beratur. Pernah pergi medan selera tu sekali tapi, makan satey willy lah masa tu.

Yang dekat CP2 ni, tak payah beratur untuk order pun. Mungkin sebab pergi hari bekerja.

Nak kata sedap sangat sampai teringat-ingat, nak makan tiap-tiap minggu tu tidaklah. Cukuplah sekadar untuk melampiaskan rasa teringin tu. Hehe.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kat kajang ada.. tapi sampai la ne kita tak dapat2 lagi haha

me_czar said...

Suhaila, baik pergi sebelum bersalin. Nanti baby meleleh je air liur. Hehe.

Related Posts with Thumbnails