11 July, 2013

Perginya bertemu Ilahi...

Satu-satunya nenek yang saya ada, yang kami panggil Tok Long (bagi orang Johor, nenek juga dipanggil atuk), telah kembali ke rahmatullah pada Isnin 8 Julai 2013 yang lalu.

Arwah meninggal di Hospital Serdang selepas hampir 2 minggu di rawat di sana.

Sebelum ini arwah tinggal di kampung. Dia berkeras mahu tinggal sendiri di rumah peninggalan arwah suaminya. Sesekali anak-anak jenguk dia di kampung. Tapi selepas raya tahun lepas kalau tak silap saya, ada yang berjaya pujuk Tok Long ke rumah anak-anak. Jadi sejak itu, bergilirlah Tok Long tinggal di rumah ibu saya dan yang lain.

Arwah jarang sakit teruk. Tapi puncanya dihantar ke hospital kerana badannya lemah disebabkan dia tak mahu makan dan minum. Alhamdulillah, di hospital arwah sudah mahu makan dan minum. Malah, ketika meninggal, arwah baru lepas disuapkan makan malam.

Selama di hospital, sempatlah saya melawat sekali. Kalau tak kerana Nayra pun tak sihat, mungkin lebih kerap saya dapat menjengah. Tapi apapun, saya tak terkilan. Sudah begitu kehendak Allah.

Semoga arwah tenang di sana.

No comments:

Related Posts with Thumbnails