23 July, 2013

Puasa 2013

Alhamdulillah sudah masuk 14 hari kita berpuasa.  Tahun ni anak-anak berdua tu dah mula berpuasa penuh.

Muqry setakat ini 4 hari tak dapat berpuasa penuh.  Baru setengah hari dia dah minta berbuka. 2 hari ketika hujung minggu dan 2 hari lagi sewaktu hari sekolah.

Nuryn pula, kalau hari ini dia berjaya puasa penuh, dah dapat 5 hari lah dia berjaya menahan lapar dan dahaganya.  Di hari yang lain kebanyakkannya ketika sampai rumah jam 6.30 petang, dia menangis-nangis minta berbuka.  Tak mahu berkeras sangat, kami benarkan dia berbuka awal.

Anak-anak tak susah dikejutkan sahur. Yang susahnya nak suruh makan.  Masing-masing mata masih tertutup di meja makan. 


Sepanjang bulan puasa ni saya balik jam 5.00 petang. Tapi, jalan lebih sesak berbanding bulan biasa.  Perjalanan yang dulunya 1 jam, jadi 1 jam setengah.  Tak apalah, yang penting masih dapat berbuka bersama, meraikan anak-anak yang berpuasa.

3 comments:

hah said...

:). asslamulaikum nak tanya muqry sekolah kafa kat mana yer?

me_czar said...

Maaf hah, dah jawab rasanya hari tu tapi tak keluar rupanya.
Muqry kafa di Sri Serdang

me_czar said...

Maaf hah, dah jawab rasanya hari tu tapi tak keluar rupanya.
Muqry kafa di Sri Serdang

Related Posts with Thumbnails