11 July, 2013

Tentang chicken pox

Asalnya pada hari Selasa 25 Jun 2013, kami dapati sebiji bintik di belakang badan Nayra. Nayra kulitnya sensitif, kalau digigit nyamuk, akan jadi bintik berair. Jadi kami sangkakan, kesan digigit nyamuk lah tu.

Pagi Rabu, bintik tu nampak membesar pula. Jadi selepas waktu kerja saya bawa Nayra ke klinik. "Jangkitan kulit", kata doktor yang merawat. 

Petang Khamis pengasuh di taksa telefon dan beritahu Nayra demam dan bintik-bintik di badan Nayra makin bertambah. Saya bawa kembali ke klinik yang sama. Saya seorang dan klinik itulah yang paling hampir. Kali ini, doktor yang lain pula. Saya katakan, saya syak anak saya ini kena chicken pox. Tapi selepas diperiksa doktor masih katakan jangkitan kulit disebabkan bakteria Staph Aureus. Doktor tunjukkan gambar memang nampaknya hampir serupa dengan bintik di badan Nayra.

Tapi selepas sehari diubati dengan krim yang doktor bagi, macam tak ada perubahan. Saya tak sedap hati. Kami bawa ke klinik pakar pula. Sebaik sahaja doktor pakar tu tengok Nayra, terus dia beritahu kami yang Nayra ni sebenarnya kena chicken pox. Betul rupanya sangkaan saya. Sudah agak terlewat dirawat, doktor diagnosis sebagai severe extensive chicken pox infections.  Nayra diberikan ubat antiviral untuk dimakan dan krim untuk disapu.


Tengok keadaan Nayra masa tu memang buat saya down, sedih, kasihan.  Merata satu badan dengan 4 tempat yang besar bintiknya. Di muka saja ada 6 bintik.  Itu belum lagi dicampur dengan dia yang merengek hampir sepanjang masa dan hanya nak tidur atas badan saya saja.  Entah macam mana dia rasa agaknya...


Alhamdulillah selepas 15 hari, semalam Nayra dah mula ke taska.  Sebelum tu memang saya sendiri yang jaga di rumah.  Bintik-bintik chicken pox tu dah mula kering dan tanggal., tidak infectious lagi kepada anak-anak lain di taska.  Mana bintik yang besar hari tu memang tinggal parut yang dalam. Mujur cuma di kepala, belakang badan dan kaki. 
 
Ada kisah lain yang menduga kami baru-baru ini.  Tunggu ada kesempatan saya nukilkan di sini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails