09 October, 2013

Benarkah Rasulullah S.A.W. buta huruf?

Kupasan dan penerangan yang baik.  Baca, hadam dan fikir-fikirkan...

SIAPA BUTA HURUF DI SISI ALLAH
 
Nabi s.a.w. itu seorang Al-Ummiy (buta huruf) betul ker? Habis tu bagaimana Baginda membaca? Ini satu lagi isu menarik yang selalu kami utarakan namun ramai yang tidak perasan. Setelah kami halusi dengan teliti maka satu lagi fenomena salah tentang ciri kenabian yang diajarkan kepada kita sejak kecil kami temui.
 
Ya betul Rasulullah s.a.w. al Ummiy. Kekeliruan kita ialah APA ITU AL-UMMIY?
 
Kekeliruan yang mengatakan nabi itu orang miskin papa, orang buta huruf yang tidak pandai membaca dan menulis jauh bercanggah dari ciri dan sifat sifat kenabian dan kerasulan. Semua kita tahu bahawa Siddiq (benar), Amanah (jujur), Tabligh (menyampai) dan Fatonah (bijaksana) itu adalah sifat sifat rasul Allah.
 
Meneliti dakyah kristianiti yang merasuk anak anak kita antaranya ialah mereka merasa rendah diri bila di ejek nabi mereka orang bodoh dan buta huruf. Secara tidak lansung agama yang dibawa juga diperlekehkan. Walhal hakikat sebenarnya tidak begitu. Dengan fenomena ini, tidakkah kita rugi kredit dari segi kehebatan rasul dan agama kita sendiri?


Baca seterusnya, tentang hakikat BUTA HURUF di zaman jahiliyah juga kesimpulan bagi artikel di atas di https://www.facebook.com/wargaprihatin

No comments:

Related Posts with Thumbnails