21 April, 2014

Kenangan lama

Assalamualaikum.

Memang sengaja saya tak jenguk ke sini.  Sebabnya sudah tak tahu apa yang patut dicerita.  Perjalanan hidup masih lebih kurang sama seperti dahulu.  Dan saya berpendapat, kalau tiada yang baik untuk dikongsi, mungkin lebik baik diam sahaja?  Lagi pula, saya bukan siapa-siapa.  :-)

Tapi, komen yang saya terima hari ini di entri bulan Julai tahun 2009 buat saya tergerak nak menulis sesuatu.  Tak percaya saya pernah tulis sebegitu di suatu masa dahulu.  Lucu... dan memalukan juga.  Dengan gaya penulisan yang .... hmmm.. boleh membuatkan cikgu Bahasa Melayu saya menangis membacanya.

Tapi itulah, kita seharusnya berubah sealiran dengan masa.  Mencuba untuk jadi lebih baik dari hari semalam.   Walaupun kita mungkin masih merangkak-rangkak untuk berubah, masih belum berjaya.  Tapi saya percaya, bukanlah pengakhiran yang menjadi fokus utama.  Ianya, adalah bagaimana kita bermula.

Sesuatu yang tidak bermula takkan ada pengakhirannya.

Wassalam. 



No comments:

Related Posts with Thumbnails