30 December, 2014

Di penghujung 2014

Tahun 2015 bakal menyusul.  Berlaku perubahan besar dalam keluarga kecil kami sepanjang tahun 2014.  En. Suami membulatkan tekad melepaskan kerja tetap untuk menjadi usahawan sepenuhnya.  Masih jauh langkah, masih banyak halangan perlu ditempuhi sebelum benar-benar selesa.  Ilmu perniagaan yang ditimba masih terlalu sedikit.   Tapi, impian mesti diteruskan sementara keberanian masih menyala.

Nasihat seorang tokoh usahawan kepada kami…. 3 perkara penting yang perlu ada bagi seorang usahawan/bakal usahawan :
  • Keberanian
  • Modal
  • Ilmu
Atas dasar itulah kami terus bergerak, tak menoleh ke belakang lagi.  Kami berdoa semoga Allah menunjukkan jalan dan mempermudahkan segala urusan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails