01 January, 2015

Dia lelaki tunggal

Muqry, anak yang sulung sudah berada di tahun 3.  Alhamdulillah, prestasinya masih baik… kekal di kelas pertama.  Menjadi kanak-kanak yang aktif agak sukar untuk memastikan dia duduk tekun menelaah.  Perlu diteman untuk siapkan kerja sekolah.  Sepanjang minggu peperiksaan, saya perlu belajar bersamanya.  Saya gunakan pendekatan perbincangan.  Saya terangkan dan tanya soalan.  Semasa dia menjawab soalan, kami bincang dan huraikan.  En. Suami kata saya manjakan sangat anak dan Muqry akhirnya bergantung kepada saya untuk ulangkaji pelajaran bersamanya.  Tapi, ibu mana yang tak mahu anaknya berjaya, kan?  Sementara masih berpeluang, saya akan gunakan masa ini sebaiknya.

Saya percaya semua akan bersetuju, bahawa penglibatan ibu-bapa dengan aktiviti harian dan persekolahan anak akan sedikit sebanyak membentuk peribadi anak itu.

Apa yang kami suami isteri terapkan, sekurang-kurangnya salah seorang dari kami harus sama terlibat dengan aktiviti di sekolah anak-anak.

Ketika di Little Caliphs dulu, setiap tahun kami akan ambil cuti untuk sama-sama menyambut hari lahir Muqry di sekolah (walaupun anak-anak lain mungkin berasa sedih sebab ibu-bapa mereka tak hadir – maaf anak-anak).  Kami teruskan usaha kecil kami sehingga kini.


2 comments:

Aini Marina Ma'rof said...

Skrg Muqry & Nuryn sekolah di mana ya?

me_czar said...

Sekolah harian biasa, tak jauh dari Little Caliphs dulu.

Related Posts with Thumbnails