27 February, 2015

Siapa saya?

Sebagai pemulaan untuk suatu perubahan, mari saya kenalkan diri kepada rakan-rakan baru yang tak sengaja berkunjung ke sini.  Ramai rakan yang ke sini kerana mencari info tentang Little Caliphs kan?  Semoga terbina ukhwah antara kita melalui blog ini.

Saya seorang ibu bekerja dengan anak 3.  Suami sebelum ini juga bekerja makan gaji.  Tapi Alhamdulillah sudah 2 tahun, dia bekerja sendiri.  Tentang perjuangan melepaskan diri dari makan gaji tu kita cerita kemudian ya.

Anak yang sulung bersekolah darjah 3 tahun ni.  Ada saya ceritakan tentang Muqry tak lama dulu.  Adiknya Nuryn cuma beza setahun lebih muda.  Yang ketiga, juga perempuan.  3 tahun umurnya bulan 10 nanti.

Catatan pertama saya di blog ini adalah pada 30 Disember 2008.  Tak pasti apa yang mendorong.  Mungkin lebih kepada ikut-ikutan sebab tidaklah kerap sangat saya mengemaskini blog ini pun.

Blog ini menjadi persinggahan untuk saya melepaskan perasaan.  Jiwa muda, penulisan juga caca marba dengan penggunaan bahasa yang tidak teratur.  Sehinggalah seorang pembaca memberi teguran terbuka.  Sejak dari itu, saya cuba perbaiki cara penulisan saya.

Maaf ya kalau sedikit sangat kandungan ilmiah dalam blog saya.  Jemput-jemputlah jenguk di label sebelah kanan blog ini.  Harapan saya, semoga ada yang bermanfaat.


Sampai sini sahaja sesi perkenalan untuk kali ini.     

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

macam kenal je tagline tue.. haha tajuk entry tue..

me_czar said...

Hihi, memang ingat kat orang tu pun masa buat catatan ni

Related Posts with Thumbnails