05 March, 2015

Aya

Assalamualaikum. Nama saya Nayra. Umur saya 2 tahun. Bulan Oktober nanti genap umur saya 3 tahun.  Saya lahir 4 hari selepas tarikh lahir Ibu.

Saya minum susu Ibu.  Tapi disebabkan saya dah besar, saya minum susu formula juga.

Sejak saya berumur 2 bulan, Ibu hantar saya ke taska sebab Ibu perlu bekerja.  Semasa saya kecil sampai umur hampir 2 tahun, saya tak mahu dengan sesiapa kecuali Ibu, Abah, Kakak, Abang dan Cikgu di taska.  Dengan atok dan nenek pun saya tak mahu. Susah Ibu nak tinggalkan saya dengan siapa-siapa. Tapi sekarang saya dah ok sikit.

Saya suka menyanyi. Saya dah pandai nyanyi lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga. Lagi satu saya tak tahu tajuk lagunya, tapi saya pandai nyanyi ".... mana mungkin, selimut tetangga...". Saya pelat sikit saja tau. Tapi saya tak pandai beritahu lagi kalau nak shi shi. Kalau nak poo poo saya beritahu Ibu atau Abah tapi saya nak buang dalam diaper juga. Hihihi.

Nah saya belanja gambar saya.


1 comment:

Related Posts with Thumbnails