02 March, 2015

Kakak "Adik"

Kali ini saya nak kongsi cerita tentang anak kedua, Nuryn.  Bersekolah dalam darjah 2.  Seorang murid yang pendiam kata gurunya tahun lalu.  Tapi Alhamdulillah, dilantik juga menjadi pengawas di sekolah KAFA.  Mungkin ada sedikit daya kepimpinan yang terlihat oleh Ustazah sekolah KAFA.
 
Dari segi pelajaran, tiada apa yang perlu dirisaukan buat masa ini.  Anak yang rajin, ulangkaji tanpa disuruh dan tak culas menyiapkan kerja-kerja sekolah.  Fitrah alami seorang anak perempuan.
Sudah boleh diharap menjaga adiknya.  Walaupun kadang-kadang garang juga dia kalau adik buat perangai, tapi diselesaikan juga tugasan yang diamanahkan.

Nuryn dan adiknya agak jauh jarak umur mereka. Walaupun dah beradik, dia masih juga bahasakan dirinya "Adik". Cuma bila bercakap dengan si adik, barulah digelarnya diri sebagai "Kakak".

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

rajin sikit update blog... kiki

me_czar said...

Soulmate, kita tengah taip komen kat blog sana... kau datang sini tengok kita... *peluk kuat-kuat*

Hari ni tertinggal hp, ada benda nak kongsi. Malam nanti ya

Related Posts with Thumbnails