07 March, 2015

Seminar Keluarga Sunnah 3.0

Alhamdulillah, hari ini diizinkan Allah untuk bersama-sama dengan sahabat saya Ila Saleh mengikuti Seminar Keluarga Sunnah 3.0 di UPM.

Saya huraikan secara ringkas intipati seminar untuk manfaat kita bersama.

Ustaz Ebit Liew:

Suami yang benar-benar sayangkan isteri ialah suami yang akan memimpin tangan isteri ke syurga.

Perlu kenalkan islam pada anak-anak sedari mereka masih kecil.

Bagaimana untuk bahagia? Perlu kembali kepada Allah.  Barulah di setiap ujian dan bencana juga kita tetap merasa bahagia.

Amalan Rasulullah s.a.w dalam rumahtangga:

Berkasih sayang - melalui sentuhan, pelukan dan dalam berkata-kata.

Solat berjemaah dan bangun tahajud - ajak anak-anak solat berjemaah, kejut pasangan untuk sama-sama bangun tahajud.

Hidupkan ta'alim di rumah luangkan masa setiap hari untuk baca Al Quran dan hadis bersama pasangan dan anak-anak

Bersambung.....


No comments:

Related Posts with Thumbnails