06 July, 2015

Ayam Kampung RARE

Masih ingat saya pernah bercerita yang En. Suami sudah meninggalkan perkerjaan tetap dan berkerja sendiri sebagai usahawan? Keputusan yang dibuat bukan mudah, tetapi kami mempunyai alasan tersendiri. En. Suami terlibat dalam beberapa cabang perniagaan. Tetapi yang paling utama setakat hari ini ialah penternakan ayam kampung.

Diakui, saya agak sangsi pada awalnya. Tak susah ke nak bela ayam kampung? Siapa nak makan ayam kampung? Nak jual di mana ayam kampung tu? Tetapi Alhamdulillah, Allah Ar-Razzaq memberi kecukupan rezeki pada kami sekeluarga. Antara medium pemasaran Ayam Kampung RARE (RAR Enterprise) adalah melalui Facebook.

Laman Facebook Perniagaan RAR Enterprise :

Promosi di salah sebuah pasaraya besar. Harga asal RM21.98 seekor. Harga promosi RM19.99 seekor. Percaya tak di Perniagaan RAR Enterprise anda boleh dapatkan ayam kampung dengan harga jauh lebih murah? Tengok dulu, kemudian anda akan tahu.

Perniagaan RAR Enterprise masih muda, baru berusia 2 tahun. Masih jauh langkah untuk dikategorikan sebagai berjaya. Tetapi, Perniagaan RAR Enterprise berusaha memberikan yang terbaik kepada penggemar ayam kampung. Matlamat Perniagaan RAR Enterprise ialah membekal ayam kampung yang bersih dan suci dengan harga berpatutan kepada anda di luar sana.

Jemput singgah ke facebook ayam kampung RARE. Maklumat pembelian ada di sana. Jadi kalau rakan-rakan terasa seperti nak makan ayam kampung goreng berempah atau ayam kampung masak lemak cili api, boleh dapatkan bekalan ayam kampung dari Perniagaan RAR Enterprise ya atau, boleh hantarkan whatsapp ke 0193636060. 

4 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hai wifey towkayyyy
update la selalu

me_czar said...
This comment has been removed by the author.
me_czar said...

Huhuhu. Blog sana pun kena update juga.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts with Thumbnails