03 July, 2015

Tukang Jahit

Salam.

Dalam tak sedar, 3 bulan saya tinggalkan blog ini.

Azam saya mahu mula kembali aktif menulis di blog, tetapi Allah aturkan yang lebih baik.

Sejak bulan Mac yang lalu, saya terlibat dalam tim produksi baju muslimah kanak-kanak.  Akhirnya mesin jahit tepi 4 benang Merrylock yang saya beli Oktober 2014 lalu, digunakan sepenuhnya.  Senang rupanya menjahit kain lycra menggunakan mesin 4 benang.  Kain boleh diterus sambung sekali dengan jahit tepi.  

Jemput bertamu ke FB page kami:


Sepanjang bulan Ramadhan ini, kami juga terlibat dengan car booth sale di perkarangan Tesco Shah Alam.  KAlau nak dapatkan mini kurung atau dress kanak-kanak 1 hingga 6 tahun, puan mungkin boleh cari kami di sana.  HUjung minggu sahaja ya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails